comel kaaaaan ! hahaha =_=
Selang beberapa hari saya diguna, saya menyedari bahawa saya memang amat diperlukan oleh pemilik saya. Bukan sahaja untuk menulis, malah saya juga mempunyai pelbagai fungsi untuk tuan saya seperi mengorek hidungnya, menggaru belakang badannya yang tidak dapat dicapai, mencucuk rakan-rakannya yang sedang tidur dikelas dan banyak lagi. Maka, saya berasa amat gembira tahu!
Walaubagaimanapun, malang tidak berbau. Pada suatu hari, tuan saya telah terlupa dan meninggalkan saya bersama salah seorang rakannya. Walau berhari saya bersama rakannya, tuan saya lupa mengenai saya. Beliau kelihatan amat resah kerana beliau berpendapat bahawa saya ditinggalkan olehnya di dalam bilik pensyarahnya dan hilang. Akan tetapi, Tuhan Maha Adil, saya ditemuakn semula dengan tuan saya setelah rakannya teringat untuk memulangkan saya kepada tuan kesayangan saya. Saya menangis kegembiraan setelah melihat tuan saya begitu girang mendapat saya kembali. Kami berpelukan sebentar.
Setelah itu, saya diletakkan dikatil miliknya, dan kami berbaring bersama. tiba-tiba, tuan saya bangun untuk mengambil sesuatu dimeja, dan 'PRAK' ! lutut tuan saya telah mematahkan saya. sakit dan peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Begitulah nasib saya, sebatang pensil.
ouch ! saket ;(
tempat kejadian
p/s: ape-ape barang pada aku pon mesti semue cepat wosak .
;(
;(
kalau aku tak rela jadi pensel yang tuannya ganas cam ko.... hahahah
ReplyDeletehahaha ayt ko y tipikal dan salalu ak dgr aha
ReplyDeleterumusan karangan ini:
ReplyDeletetuan saya sangat berat!!
haha kurang asam ye itu satement
ReplyDeletehuhu...tak berat chubby..okeyh.aku pegi dulu sebelum direjam ngan batu oleh susuk.
ReplyDeleteepi, bukan batu, tp tombak wahah
ReplyDelete